Thursday 14 November 2013

So....

Sejak2 akhir ni aku minum susu kambing..sebalum2 ni aku mmg minum susu lembu setiap hari...dlm sebulan ni telah bertukar pulak susu kambing...susu kambing ni sejak aku minum terasa kenyang je...upenye dia ade sumber protein...bgus tuk kesihatan n sapa nak diet tu yea..so kat bawah ni bca la ape kebaikan n khasiat dia yea...jum kite sama2 mengembekkkkk.....yum yum...


Susu kambing kaya dengan protien, enzim dan mengandungi faktor anti penuaan, antiarthritis serta antibarah. Ia mengandungi antibodi untuk merawat penyakit gastrik, demam kuning, lelah, penyakit kulit, memulih tenaga batin, sakit jantung peringkat awal, ulser perut serta membantu dalam pembentukan tulang dan gigi serta berbagai lagi penyakit kerana susu kambing merupakan makanan tambahan yang baik untuk kesihatan. ANtara kebaikan lain susu kambing ialah:

-Tidak menyebabkan alahan.
-Membantu sistem imunisasi tubuh.
-Bersifat alkali.
-Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan.
-Membantu sistem penghadaman
-Menguatkan jisim tubuh yang sihat (tulang, otot, sendi, kulit & tisu saraf).
-Tidak mengandungi Protein Kompleks (Alpha-casein & Beta-casein Protein) yang menjadi penyebab utama alahan.
-Kandungan gizi dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu
-Kandungan Asid Lemak Rantaian Pendek dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu.
-Molekul Lemak dalam susu kambing lebih halus & mudah dihadam berbanding susu lembu.
-Proses pencernaan untuk susu kambing hanya memerlukan 20 minit sahaja berbanding susu lembu yang memerlukan lebih 2 jam.

-Sama seperti susu ibu pH susu kambing beralkali berbanding susu lembu yang asidik.

KHASIATNYE PULAK

Khasiat terpenting dalam proses pembentukan dan pertumbuhan jaringan tubuh manusia.

Kandungan protein dalam susu kambing adalah hampir sama dengan susu ibu dan melebihi daripada dalam susu lembu.

Susu Kambing tidak mengandungi jenis protein (alpha-casein protein & beta-casein protein) yang menyebabkan alahan seperti yang terdapat dalam susu lembu. Protein yang terdapat dalam susu kambing mengandungi 22 asid amino termasuk 8 jenis asid amino penting.
Penting untuk perkembangan sel otak dan sistem saraf. Pembentukan sel darah penawar racun (detoksifikasi – bahan kimia berbahaya yang masuk ke dalam tubuh).

Pembina protein & enzim (Otot, sendi, organ & pundi diperbuat daripada protein).

Gabungan Kalsium & Fosforus = Calciumphosphate, suatu komponen penting membentuk struktur dan kekuatan tulang serta beberapa fungsi tubuh yang lain.
Kandungan Kalsium & Fosforus dalam susu kambing adalah hampir sama dengan susu ibu dan melebihi daripada dalam susu lembu. Kepentingan kalsium untuk beberapa fungsi yang lain:
-Mengeluarkan dan mengaktifkan banyak hormon
 (erm...belum nampak lag hormon aku berubah ni...hihi...)
-Membolehkan penggumpalan darah
 (haha..bab ni aku tak tahu lak tak nampak)
-Mengekalkan ketampanan otot dan mengawal pengucupan
 (haha...otot aku memang dah mampan...)
-Menstabilkan dan menyelenggara membran sel
 (ooo..ni ni aku lum tgk lag perubahan)
-Membolehkan saraf berfungsi dengan baik
 (saraf aku baik kot...)
-Mengawal degupan jantung
 (ok gak..sebab kalu wat senaman tak laju dah jantung gerak ni/semput)
-Boleh mengurangkan kejadian kanser kolon
-Menyingkirkan toksin dalam kolon
 (ni ade perubahan setiap pag n petang)
-Menurunkan tekanan darah
 (tak check pun lag)
-Memperbaiki ketegangan dan tidur yang selesa
 (sejak2 ni mmg aku tido lena je...takde la mcam dulu asyik tersedar aje tgh2 malam)
-Membantu mencegah penyakit gusi dan keretakan akibat tekanan
 (gusi aku kuat dah sebab minum susu)
Trace Mineral - Komponen antioksidan protein mengawal & mencegah kerosakan sel akibat radikal bebas, membasmi sel kanser, mengawal sel kulit dari sinar UV dan penting untuk masalah penyakit berkaitan penuaan.
Kandungan Selenium paling tinggi dalam susu kambing berbanding susu lembu @ lain-lain susu Selenium dikatakan sebagai senjata efektif melawan kanser.

Hasil daripada kajian Dr. Larry Clark dari Arizona Cancer Centre menunjukkan supplemen selenium mengurangkan risiko kanser paru-paru sebanyak 46%, kanser kolon
.
Purata pengurangan sebanyak 37% dalam semua jenis kanser. Penting untuk kesuburan lelaki – diperlukan untuk biosentisis testoron & pertumbuhan sperma normal. Penting dalam pengeluaran sejenis hormon otak ‘neurotransmitter’- tahap selenium yang rendah dikaitkan dengan risiko ‘dementia’ & penyakit mental. Penting untuk sistem imum dengan menghasilkan sejenis hormon ‘interleukin-2 (IL2) receptors’ keatas permukaan T-cells.
Tubuh badan yang sihat mengekalkan imbangan Nilai pH antara pH 7.35 – 7.45.
Pada pH badan yang normal, sel-sel badan dapat berfungsi dengan sempurna dan sel-sel imum dapat membunuh sel-sel pathtogen yang mengancamnya. pH yang rendah (berasid) mengundang penyakit seperti kencing manis dan lain-lain lagi.
Sama seperti susu ibu, pH susu kambing beralkali berbanding dengan susu lembu yang asidik.Susu kambing dapat meneutralkan asid dalam perut dan mengujudkan persekitaran yang lebih beralkali – baik untuk sistem penghadaman dan dapat mengatasi masalah penyakit seperti gastrik, ulser perut dsb.




susu kambing...

No comments:

Post a Comment